Rabu, 1 Ogos 2012

Joe Burnmark



NAMA   -Zulkifle Abdullah
ASAL  - Labis, Johor
LAHIR   -14 Januari 1967 


KERJAYA -Gitaris, Pemuzik dan Producer.


KELUARGA    -Berkahwin dengan Wanie (Roshidawani Mohd Dan)    pada 1994 dan dikurniakan 5  orang cahayamata...






 Info;


 Apabila Burnmark, kumpulan rock '80-an dari Segamat, Johor yang aktif semula masih mencari tempat di dalam industri muzik tempatan, Joe atau lebih dikenali sebagai Joe Burnmark, meneruskan perjalanan karier solonya. Beliau mengeluarkan album solo terbarunya berjudul 'Evil Dance' pada Oktober 2011 dan 2 buah lagu tribute orkestra pada tahun ini... Evil Dance menampilkan 10 buah lagu instrumental terutamanya untuk pemuzik atau gitaris yang ingin mendengar karya hero gitar kelahiran negeri Johor itu. 


 Hanya sebuah lagu mempunyai vokal yang dinyanyikan Mus, vokalis M.A.Y. berjudul 'Hula Hoop' dan liriknya dalam bahasa Inggeris sementara lainnya adalah gabungan lagu baru dan lama. Lagu-lagu baru ialah 'Hula Hoop', 'Evil Dance', 'Born In The Dark' dan 'Shoot To Die' Manakala selebihnya lagu-lagu lama dari dua album solo sebelum ini tetapi dengan nafas baru. Selain Mus, album 'Evil Dance' turut mengundang pemuzik undangan lain seperti; pemain dram Exist, Ujang, pemain dram F.T.G. dan juga pemuzik undangan untuk persembahan Rosli Mohalim iaitu Shamir serta pemain bass Burnmark, Enal.



Mengenai status Burnmark yang beraksi di Kuala Lumpur baru-baru ini, Joe berkata, mereka tidak mempunyai sebarang lagu baru sekarang ini tetapi bersedia menerima undangan beraksi untuk mana-mana konsert. "Burnmark masih ada cuma kita tak buat album". Masalahnya kerana tidak ada pengedar album selain pasaran muzik yang lembab sekarang ini". Kos buat album juga tinggi tetapi kalau ada pihak atau syarikat rakaman yang tawar untuk buat album baru, Burnmark bersedia untuknya".  


-burnmark 







 Burnmark ditubuhkan pada 1983 di Segamat, Johor dan merupakan band pertama dari daerah tersebut yang paling menonjol selain Junction dan pernah menghasilkan tiga album iaitu 'Burnmarks' (1988) sebelum menukar nama kepada Naja dengan line-up sama dan mengeluarkan 'Opera Sang Bara' (1989). Kemudian menukar nama semula kepada Burnmark dan menghasilkan album terakhir 'Asmara' (1990). Selepas itu Joe meneruskan karier solo dan menjadi sesionis untuk artis-artis tempatan. Dan sehingga kini Joe masih tidak pernah mengenal erti berputus-asa serta gigih berlatih memperbaiki tahap permainannya... 


Bakat dan kemahiran memetik gitar Joe Burnmark dipengaruhi oleh beberapa nama besar dalam dunia rock n roll. Kini Joe mampu memainkan hampir kesemua lagu dan instrumental dari gitaris-gitaris  termasyhur dunia...

Antaranya ialah: 


RITCHIE BLACKMORE
GARY MOORE

JOE SATRIANI




STEVE VAI






VIVIAN CAMPBELL


PAUL GILBERT



VINNIE MOORE



JOHN PETRUCCI














STEAVE MORSE
 

YNGWIE J MALMSTEEN


JOE BURNMARK
Semenjak karier seninya bermula, Joe telah pun bermain untuk rakaman album dan live performance bagi ramai artis tempatan serta berkumpulan... sekarang ini Joe menetap di Ampang, Selangor dan masih aktif mejalankan kegiatan seninya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan